Disember 11, 2007

Damia dan Serangan Serangga

Nihaa nak share gambo Damia masa raya ke-3 dulu :

Denpun tak tahu serangga apakah itu yang menyerang mata dia masa tengah tido, tau2 bangun tido dah jadi camtu. Lama gak la nak menghilangkan bengkak tu lam seminggu gak la. Tapi kesan hitam bawah mata cam orang tak cukup tido lagi lambat nak hilang, baru 2-3 minggu ni hilang. Iskkk kesian anak daraku ini, beraya dengan mata sebegini.Lepas nih takkan kubenarkan anak2 aku tido kat bawah, kena tido atas katil.

Disember 10, 2007

Anak2 ikut muka siapa?

Terjumpa lak website nih. Jom try......




November 19, 2007

Hari Konvokesyen Iman







Jumaat lepas gi majlis konvo tadika Iman. Gi kasi moral support kat Iman. Ni first time dia nak buat persembahan depan orang ramai. Dia cakap dia jadi pokok epal. Tu yang nak tgk tu. Ooooo camni rupanya jadi pokok epal. Oklah tu, permulaan yang baik untuk dia................


November 15, 2007

Result Peksa Iman


Semalam dapat result periksa akhir tahun Iman. Not Bad laaaa....Nilah resultnyeee...
No 10 dari 21 orang. Tapi itulah attitude dia masa kat sekolah ngan kat rumah very different la. Kalu kat umah mulut punyala becok tanya itu ini, tapi kat sekolah lain lak jadinya. Nape jadi gitu...Nak kena bgtau ngan cikgu dia ni.

November 12, 2007

Lama tak menupdated

Hahaha....
Lama dah tak menjenguk ke blog nih...Hampir-hampir terlupa password. takder aper nak citer. Gambo rayerpun takde tahun nih. Kamera rosak. Ingatkan ok. Siap isi filem tup2 tgk kat bateri, bateri dah mencair laaa...."Air bateri" masuk lak lam kamera. Huuuu...abis rosak.

Citer terbaru?
I want to further study......Arghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!Grrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Malas nak pikir pasal kerja.................

Jun 22, 2007

Gambar Terbaru Iman Dan Damia




Uihhh lama sungguh dah tak menulis apa-apa kat lam blog ni. Saja nak mengaktifkan balik.





Nilah dia wajah terbaru Iman dan Damia.





Januari 04, 2007

Iman Dah Mula Bersekolah Tadika

Semalam Iman masuk sekolah tadika. He's very excited nak pegi sekolah. Bangun pagipun senang sangat. Kejut sekali jer terus bangun pegi mandi. Biasa nak suruh bangun pagi punyalah liat.Sebenarnya dah lama dia nak pegi sekolah tapi memandangkan umurnya yang masih muda (baru nak masuk 4 tahun) kitaorang tahan la dulu tak kasi pegi lagi. Lagipun mana ada sekolah tadika yang nak terima budak umur 3 tahun kat Malaysia ni. Makanya seawal 7. 45 pagi kami dah hantar dia pegi tadika tu walaupun kelas sebenarnya bermula pukul 8.30 pagi. Sampai jer kat tadika tu, ada ke patut dia boleh suruh aku balik pegi kerja......" Ibu, baliklah pegi kerja, takpe Iman dah besar, dah sekolah" katanya. Tapi tak sampai ati lak nak tinggalkan dia hari pertama persekolahannya. Tunggu jugaklah, tapi dok jauh jer, perhatikan dari jauh sampailah kelas habis pukul 11.30 pagi.
Oklah Iman, tak menangispun. Tapi on the way barulah aku terperasan rupanya aku yang lebih gabra dari Iman, pasalnya aku pakai baju terbalik la, yang dalam lepas keluar, yang luar lepas ke dalam, Alamakkk, camne leh tak perasan ni?????