September 28, 2009

Salam Lebaran 1430H

Alhamdulillah, syawal kali ini masih dapat diraikan bersama-sama keluarga tersayang. Beraya merentasi 4 negeri - Pahang, N.sembilan, Johor dan terakhir Selangor sungguh menggembirakan walaupun penat tapi tetap berpuas hati. Paling gembira tentulah anak-anak.

Dapat makan macam-macam jenis masakan. dari masakan jawa, siam, selero minangkabau semuanya ada. Raya adalah pesta makan-makan. Tapi yang paling penting, dapat berkumpul dan bertemu saudara mara yang jauh dan yang dekat. Itulah sebenarnya makna raya.

Ermmm, seronoknya beraya di Malaysia.

September 16, 2009

Kerana 1:30

Gara-gara 1:30 ahad lepas, mood saya sampai ke hari ini tidak stabil.
Sebab apa? Sebab saya telah merancang pelbagai aktiviti untuk hari ahad itu tetapi tiada satupun yang berjaya dijalankan hanya kerana 1:30. Habis semua rancangan saya. Peringatan telah diberi pada 10:30, 11:00 dan 12:30 tapi tidak menampakkan hasil. Saya kecewa, kecewa dan terus kecewa. Salahkah saya kerana bersikap seperti ini. Hanya kerana 1:30.

September 14, 2009

Ranking Ke Berapa?

Saya sering tertanya-tanya saya sekarang ini berada di ranking yang ke berapa di hati seseorang itu. Ini kerana amatlah sukar permintaan saya ini ditunaikannya. Saya bukan meminta yang bukan-bukan. Hanya apa yang tidak termampu dilakukan sendiri sahaja. Mana yang saya boleh buat sendiri, saya akan usahakan juga.
Mungkin ranking saya di sini:

1. IBUNYA
2. ADIK BERADIKNYA
3. KAWAN-KAWANNYA
4. ANAK-ANAKNYA
5. SAYA....

Mungkin orang yang datang dari negeri itu sifatnya begitu???

Mungkinkah selepas ini ranking saya akan terus menurun dan menurun lagi. Nampaknya saya kena bersedia dari sekarang.