Ogos 25, 2009

Iman belajar berpuasa

Iman sekarang sudah berumur 6 tahun. Baru belajar berpuasa. Hari pertama hanya sempat bertahan setakat pukul 2 petang sahaja. Alhamdulillah sekarang sudah 2 hari berpuasa penuh. Insyallah harapannya hari ini dapat berpuasa penuh lagi.
Kesian tengok dia semalam, pukul 6.45 petang dah tunggu kat meja makan. Mengulit mee hoon goreng sambil merayu untuk berbuka puasa. Tapi alhamdulillah berjaya jugak dia menyelesaikan puasanya semalam.
Mungkin sesetengah ibubapa dah mengajar anak-anak berpuasa seawal 4-5 tahun, saya juga mencuba pada peringkat umur begitu, malangnya Iman tidak berkemampuan sehinggakan pernah termuntah akibat menahan lapar (mungkin..). Maka saya tidak meneruskan niat itu sehinggalah tahun ini apabila dia telah berumur 6 tahun. Juga membawa dia bersembahyang jemaah terawih di surau (sehinggakan tertidur semasa sembahyang isyak hee....) . Tapi saya tetap mahu mencuba........
Harapan saya semoga dia membesar menjadi muslim sejati bukan sekadar muslim warisan. Ya Allah, perkenankanlah.

Ogos 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Ya Allah, Ramadan yang barkah ini, muliakan dan sayangi umatmu yang sedang membaca catatan ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya,berkatilah rezekinya, kuatkan imannya. Beri kenikmatan ibadah padanya, jauhkannya dari fitnah. Suburkan benih keislaman pada zuriat dan keturunannya dan masukkan dia ke dalam SyurgaMu tanpa hisab. Amin Ya Allah.