Oktober 15, 2009

Lupakan? Ah lupakanlah!!!!!

Pepatah ada menyebut, “Ingat kebaikan orang pada kita, lupakan kebaikan kita pada orang, ingat kejahatan kita pada orang dan lupakan kejahatan orang pada kita.”

Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh kita sebagai umat Muhammad S.A.W.Selalunya perbuatan baik akan dibalas dengan perbuatan baik dan perbuatan jahat akan dibalas perbuatan jahat. Tetapi alangkah besarnya penghargaan yang mungkin kita terima andai apabila kebaikan yang kita berikan di atas keburukan yang kita terima.

Tetapi manusia mudah untuk memaafkan, tapi meluputkanya dari ingatan adalah sukar sama sekali. Selagi belum hilang upaya pemikiran, selagi itulah kita takkan lupa akan setiap inci perbuatan buruk yang dilakukan oleh orang lain kepada kita. Ohh..besarnya nilai untuk menjadi manusia pemaaf dan pelupa.



Oktober 12, 2009

Bahagia itu bila membahagiakan

Nak Share sesuatu yang rasanya memberi manfaat kepada semua:


Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan “benda” yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin “diberikan” akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam… tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.
Siapakah orang yang paling hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika isteri yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.
Apakah langkah pertama untuk membahagiakan isteri? Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.
Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu. Itulah” modal insan” yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?
Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa. Cuba renanungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding ‘keadaan’ keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran. “Batuk” kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke “workshop” untuk diselenggarakan.
Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.
Bila kereta ‘aneh’ sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan… alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang ‘workoholic’ – bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat… Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.
Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih… mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh “kedutan” itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu “mercu tanda” pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.
Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati “turun” ke mata. Yang kita lihat bukan “body” tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi… tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!
Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan. Love is verb – cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestanya… Ah, kita tidak payah mengajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.
Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang “permaisuri”. Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang “orang gaji”. Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!
Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang ‘terlalu’ dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.
Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang “sakit” – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara…
Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi… Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang ‘hilang’ akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang ‘pergi’… akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak ‘pulang’ atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda ‘pergi’ atau dia yang ‘pergi’. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!
BUAT KEKASIH (isteri kita)
Sungguh aku tidak akan meninggalkan muMasakan dalam diri ini aku bisa lupaPada orang tersayang yang banyak berjasaAku tidak akan lupa…
Dalam ria dan tangis muSentiasa aku ada di situWalaupun kita berpisah…Tetapi cinta dan kasih kita tidak!Kau ku sayang…Itulah teman ku sepanjang jalan
Kekasih,Kekadang lidah letih menuturkanBadan penat menghantarkanAkhirnya bicara cinta terhantar hanya melalui senduBisu… tetapi getarannya tidak pernah diamDan tika berpisah sendu itu memuncakIngin ku dakap,Ingin ku peluk,Tidak mahu ku lepaskanTapi siapakah kita yang tidak mahu merelakanCinta itu semakin kukuh…Bila menjauh
Sayang,Aku tidak pernah meluahkanBila jemu, letih dan putaran hidup kian mencengkamTetapi percayalah…Cinta ku tidak pernah letihSayang ku tidak pernah padamDalam sunyi dan ratapEngkau tetap hadir dalam doa dan harap
Ya, Allah..Rahmati kekasih hati ku di bumi Agar cinta kami membumbung tinggi Tiada sempadan, tiada tara,… sampai syurga!Amin.
Oleh: Ustaz Pahrol Mohd Juoi

September 28, 2009

Salam Lebaran 1430H

Alhamdulillah, syawal kali ini masih dapat diraikan bersama-sama keluarga tersayang. Beraya merentasi 4 negeri - Pahang, N.sembilan, Johor dan terakhir Selangor sungguh menggembirakan walaupun penat tapi tetap berpuas hati. Paling gembira tentulah anak-anak.

Dapat makan macam-macam jenis masakan. dari masakan jawa, siam, selero minangkabau semuanya ada. Raya adalah pesta makan-makan. Tapi yang paling penting, dapat berkumpul dan bertemu saudara mara yang jauh dan yang dekat. Itulah sebenarnya makna raya.

Ermmm, seronoknya beraya di Malaysia.

September 16, 2009

Kerana 1:30

Gara-gara 1:30 ahad lepas, mood saya sampai ke hari ini tidak stabil.
Sebab apa? Sebab saya telah merancang pelbagai aktiviti untuk hari ahad itu tetapi tiada satupun yang berjaya dijalankan hanya kerana 1:30. Habis semua rancangan saya. Peringatan telah diberi pada 10:30, 11:00 dan 12:30 tapi tidak menampakkan hasil. Saya kecewa, kecewa dan terus kecewa. Salahkah saya kerana bersikap seperti ini. Hanya kerana 1:30.

September 14, 2009

Ranking Ke Berapa?

Saya sering tertanya-tanya saya sekarang ini berada di ranking yang ke berapa di hati seseorang itu. Ini kerana amatlah sukar permintaan saya ini ditunaikannya. Saya bukan meminta yang bukan-bukan. Hanya apa yang tidak termampu dilakukan sendiri sahaja. Mana yang saya boleh buat sendiri, saya akan usahakan juga.
Mungkin ranking saya di sini:

1. IBUNYA
2. ADIK BERADIKNYA
3. KAWAN-KAWANNYA
4. ANAK-ANAKNYA
5. SAYA....

Mungkin orang yang datang dari negeri itu sifatnya begitu???

Mungkinkah selepas ini ranking saya akan terus menurun dan menurun lagi. Nampaknya saya kena bersedia dari sekarang.

Ogos 25, 2009

Iman belajar berpuasa

Iman sekarang sudah berumur 6 tahun. Baru belajar berpuasa. Hari pertama hanya sempat bertahan setakat pukul 2 petang sahaja. Alhamdulillah sekarang sudah 2 hari berpuasa penuh. Insyallah harapannya hari ini dapat berpuasa penuh lagi.
Kesian tengok dia semalam, pukul 6.45 petang dah tunggu kat meja makan. Mengulit mee hoon goreng sambil merayu untuk berbuka puasa. Tapi alhamdulillah berjaya jugak dia menyelesaikan puasanya semalam.
Mungkin sesetengah ibubapa dah mengajar anak-anak berpuasa seawal 4-5 tahun, saya juga mencuba pada peringkat umur begitu, malangnya Iman tidak berkemampuan sehinggakan pernah termuntah akibat menahan lapar (mungkin..). Maka saya tidak meneruskan niat itu sehinggalah tahun ini apabila dia telah berumur 6 tahun. Juga membawa dia bersembahyang jemaah terawih di surau (sehinggakan tertidur semasa sembahyang isyak hee....) . Tapi saya tetap mahu mencuba........
Harapan saya semoga dia membesar menjadi muslim sejati bukan sekadar muslim warisan. Ya Allah, perkenankanlah.

Ogos 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Ya Allah, Ramadan yang barkah ini, muliakan dan sayangi umatmu yang sedang membaca catatan ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya,berkatilah rezekinya, kuatkan imannya. Beri kenikmatan ibadah padanya, jauhkannya dari fitnah. Suburkan benih keislaman pada zuriat dan keturunannya dan masukkan dia ke dalam SyurgaMu tanpa hisab. Amin Ya Allah.

Julai 15, 2009

Di manakah camera digitalku????



Huaaaa....Kamera digital yang baru beberapa bulan dibeli telah hilang.Mana dia sudah pigi daa....????
Damia le selalu buat main.Suker nor dia ambik gambo. Bila tanya dia ada ambik kamera tak, memacam lak jawapan dia. Letak kat sana, kat sini. Tapi tarak jumpa jugak itu kamera.
Hubby ingat saya simpan, saya lak ingat dia yang simpan. Huaaaa mana lagi nak dijejak kamera tu?????

p/s : Akhirnya setelah mencari selama 3 hari, kamera tersebut telah ditemui dicelah katil Damia dengan macam2 gambar yang dicapturenya.

Julai 14, 2009

Berita Gembira, Berita Sedih

Hari ini saya mendapat 2 berita. Satu berita sedih dan satu berita gembira.

Mana nak ditulis dahulu yer?

Berita Gembira:
Kami akan menambah ahli keluarga baru.Ooppsss bukan saya yang mengandung. Tapi kakak yang telah disahkan bakal menimang cahayamata yang ke-3. Sudah 3 bulan katanya. Kesian jugak dia ni, dah 6 tahun menunggu,2 kali keguguran sehingga terpaksa dibuang sebelah tiub fallopia (betul ke ejaan ni???)kerana mengandung molar, akhirnya tercapai jugak hasrat. Semoga mendapat anak lelaki seperti yang diharap-harapkan.

Berita sedih:
Elong Lias (Pak Long Alias) orang sekampung, kawan baik Encik (ayah) telah kembali ke Rahmatullah pada malam semalam dan jenazahnya telah selamat dikebumikan pagi tadi. Elong Lias ni jugak adalah ayah mentua kepada sepupu saya. Al-Fatehah untuk allayarham Elong Lias.

Itulah 2 berita yang saya dapat hari ini dari kampung. Begitulah lumrah dunia. Yang datang akan pergi, insyallah akan datang yang lain sebagai pengganti sehingga pengakhiran alam ini.

Julai 10, 2009

Topik sambung belajar lagi

Ramai yang cakap, dah senang lenang takyah pikir pasal assignment, takyah pegi kuliah, buat apa nak menyusahkan diri balik? Entahlah, kenapa yerk saya perlu sambung belajar??? Sedangkan saya dah ada kerja tetap..Sambung belajarpun bukan sebab nak dapatkan kedudukan yang lebih tinggi dalam pekerjaan.

Tapi lebih kepada mencabar diri sendiri sebenarnya. Lagipun lama dah memendam hasrat nak sambung untuk dapatkan degree. Dulu lepas diploma dapat offer tapi atas halangan-halangan tertentu maka terpaksalah berkorban melepaskan offer tersebut.

Nah, sekarang tawaran datang kembali (macam jualan sales lah pulak). Patutkah saya melepaskannya untuk kali ke-2. Ohhh...susah juga nak buat keputusan.

Julai 09, 2009

Nak sambung ke tak nak sambung???

alhamdulillah permohonan untuk sambung belajar secara eksekutif di UKM telah diterima. Tapi hati berbelah bagi pulak, nak terima ke tak nak terima...

Aiseh,dulu masa mohon macam berkobar-kobar jer nak sambung, bila dah dapat offer ni, rasa macam libang libu lak. Memacam difikirkan,boleh ke nak bagi masa, boleh ke lagik nak tangkap apa yg diajar maklum ler cam dah berkarat jer.. Dah lebih 10 tahun dah tinggalkan alam kampus ni.
camner ngan anak2, memacam ler...

Camner ekk??????

Mei 03, 2009

Kami Juara

Alhamdulillah, group kami jadi juara pertandingan ICC Kementerian(ICC tu apa? Tanya org keje gomen, pasti semua tahu). Juara bermakna kena kerja lebih kuat lagi pasal nak lawan ngan Kementerian lain pulak. Menang lagi banyak keje tau...

Nih sebahagian gambar:



Jejaka idaman Malaya

April 24, 2009

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memudahkan pekerjaanku hari ini. Aku yakin Allah ada. Aku sedia membantu rakan-rakan tanpa mengharap balasan. Aku juga yakin, setiap kebaikan yang kita buat walau sebesar zarah sekalipun, pasti akan dibalas dengan kebaikan jua walaupun tidak di dunia, tuhan telah menjanjikan. Matlamat sekarang, teruskan kehidupan seadanya. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Akhir kata nasihat untuk diri sendiri: jaga diri, jaga peribadi dan yang paling utama...

JAGA MULUT AGAR JANGAN LASER > SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT BADAN BINASA

Februari 24, 2009

Banyak Perkara nak Cerita

Sebenarnya dari minggu lepas banyak sangat benda yang nak ditulis dalam blog nih, suka duka lara nestapa semua ada, tapi kerana ketidakstabilan emosi, mental dan fizikal yang lelah, otak yang berserabut berserabai ngan kerja-kerja pejabat yang dilonggok-longgokkan, belum siap yang A di bagi yang B, belum siap yang B dibagi yang C. Yang dia tau hanya tolong siapkan, cepat sikit yer, ini first projek saya jgn cuba failkan..Ohhh...Tahap kesabaran manusia ada hadnya.

Nantilah bila emosi dah kembali normal, akan ditulis juga apa yang ada untuk kenangan dan kepada yang sudi membaca..

Wassalam..........

Februari 03, 2009

Luahan Rasa Iman...

Wahhh...ari ni malas sungguh nak pegi kilije. Tah la semenjak 2 menjak ni takde motivasi langsung. Rasa dah patut tukar tempat kerja nih. Tapi bukan itu yang nak diceritakan. Tapi ini kisah Iman (anak saye yang no 1 le)............

Malam tadi sebelum tidur, dia secara tak sengaja tercerita pasal cikgu kat sekolah lama dia. Tapi ini kisah dah lama. Lebih setahun rasanya. Sebelum ni dia takde pulak cerita.

Iman : Ibu, hari yang ibu ambik Iman cepat tu , masa adik Mia tak pegi umah mak dulu (ini yg menyebabkan saye tau masa kejadian nih), cikgu Gee campak buku Iman atas lantai depan kawan2 pasal Iman tak kaler abis gambar yang dia bagi. Dia ckp kaler topi jer, Imanpun kaler topi jerlah tapi semua org kaler semua gambar.

Saye : Iman tak cakap ke ngan cikgu, Iman tak tau kena kaler semua?

Iman : Tak cakappun.

Saye : Abis tu Iman nangis tak?

Iman : Tak nangis tapi Iman rasa sedih sangat sampai sekrg...(dengan mimik muka sedih)

Saye : Takpelah Iman, benda dah lama dah takyah ingat2 lagi, nnt Iman buat kerja sekolah sampai siap , kalau tak tau tanya cikgu ke ibu ke...Mesti cikgu kat sekolah baru Iman tak marah.

Iman : haah, cikgu kat sekolah baru Iman baik-baik.

Pesanan untuk cikgu-cikgu tadika yang membaca : Kalau nak marah murid gunakan cara yang elok sikit, jangan sampai menjatuhkan air muka budak2. Gunakan akal jgn nafsu. Budak2 umur cam gitu, daya ingatan kuat.Benda dah lamapun dia simpan lagi. Kesian tau....Hai Imanpun tak tau lah sampai bila dia akan ingat benda tu....

Januari 29, 2009

Boss baru lagikkk.........

Hari ni bos baru lapor diri. Sepanjang belumpun masuk 3 tahun kerja kat sini, dah 3 bos bertukar. Fuyooo dasat wa cakap lu. Tak tau pulak camner stail boss baru nih. Yang pasti aku jugak yang setia dok kat sini lagik. Sepatutnya dah lama aku blahhh.......Kalau dulu 2 orang bos pompuan kali ni dpt bos lelaki lak....

Januari 22, 2009

Cancel Cuti.........

Alaaaaa.....baru jer rancang nak ambik cuti esok. Tup-tup bukak email pagi ni, boss pulak nak buat meeting esok. Selalu cam gini.Tension..Arghhhhh.....

Januari 14, 2009

Bz Week

Minggu ni aku sangat sibuk dengan ini:



Semuanya nak kena siap cepat. Pengurusan nak template web baru dan kena buat sistem untuk pertandingan ICC. Very the boring ..............

Januari 09, 2009

Gambar Raya Tahun Lepas

Tahun lepas ngengada gi bergambar kat studio untuk hari raya. So inilah hasilnya:

Januari 06, 2009

Al-Fatehah...

Semalam mendapat message dari kawan mengatakan ayahanda beliau menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Madinah akibat penyakit kanser paru-paru.
Ayahanda beliau baru sahaja selesai menjalani ibadah haji dan menunggu penerbangan balik ke Malaysia yang dijangka pada hari ahad ini (11 Januari 2009). Sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau. Jenazah telah selamat dikebumikan di Madinah.
Kepada sahabatku Usmi Hikma semoga anda sekeluarga reda dan bersabar menempuh dugaan ini. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Al-fatehah untuk Allahyarham Haji Rusfan bin Haji Husin. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Januari 05, 2009

Fall In Love...

Suatu petang hari cuti...

Seorang budak lelaki bernama Iman sedang leka bermain dengan kereta mainannya ditemani oleh ibunya yang sedang menonton tv. tiba-tiba Iman bersuara:

Iman : Ibu, bila besar nanti Iman nak kawin

Ibu : Nak kawin? Dengan siapa?

Iman : Nak kawin dengan Cikgu Yati...

Ibu : Iman dah cakap belum ngan Cikgu Yati? Kot nanti tunggu Iman besar umur cikgu dah 50 tahun..

Iman : Belum. Iman malu.

Muahahahaaa... Iman sudah jatuh chinta sama dia punya cikgu daaaaaa........

First Day In School

Hari ini merupakan hari pertama Damia menjejakkan kaki ke sekolah tadika. Nasyrah Child Care Centre gitulah nama sekolah tadikanya. Well, Nasib baik dia tak meragam. Teacher Suhaiza cakap nampak macam excited sangat.
Tapi yang tak sedapnya, Iman lak menangis. "Iman nak pegi sekolah lama" Gitulah katanya. Sebenarnya Iman ni dulu dihantar ke tadika lain. Tapi susahlah, tiap-tiap pagi kena pusing satu Putrajaya, kesian husbandku selalu lambat masuk office . Memandangkan ada sekolah tadika yang baru bukak dekat ngan office, tukarlah kat sini. Hopefully dia dapat sesuaikan diri kat sekolah baru ni. Sebenarnya susah nak buat keputusan ni sebab fikirkan perasaan dia tapi untuk jangkamasa panjang, rasanya inilah yang terbaik.
Untuk Iman dan Damia, selamat belajar semoga menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. To all the teachers kat sekolah lama Iman dulu, Thanks a lot, hanya tuhan sahaja yang dapat membalas budi baik anda semua.

Januari 02, 2009

To All Of You,

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009.
Azam tahun ni?? Ermmm..... Nak mengaktifkan blog ni dengan menulis sekurang-kurangnya 1 news a week. Muahahaaaaaaa.................