Disember 14, 2006

Tangan Damia Terseliuh

Semalam lam kul 7.30 ptg tengah memasak kat dapur, tiba-tiba dengar ada benda jatuh. Pastu dengar si Damia menangis. Gi la tengok. Rupa-rupanya dia terjatuh kat sebelah peti ais dengan bakul tempat isi susunya terbalik. Aku agak dia mesti panjat bakul tu utk ambik benda atas peti ais tu.Pastu jatuh.Tapi yg tak bestnya tangan dia terlipat ke belakang, pastu bila pegang kat siku dia menangis lagi kuat sambil cakap "akit ibu, akit ibu". Pastu aku kasi susu terus tertidur. Oklah tu, ingatkan takde apa2. Lam kul 10 tu dia terjaga dari tidur sambil menangis cakap "akit ibu, akit ibu" sambil tunjuk kat tangan sebelah kanan dia tu.Pastu aku trylah nak luruskan tangan dia, lagi kuat dia menangis. Tengok kat atas siku dia tu dah nampak merah macam bengkak sikit. Jam tu jugak bawak pegi private clinic kat depan umah tu, pastu dr tu check dia suh lak refer kat hospital. takut patah. Suspen gak..
Malam tu jugak bawak emergency , lam kul 10.45 barulah dapat pegi x-ray. Alhamdulillah hasil x-ray , tulang takde patah apa2. Tp tangan dia still tak boleh angkat. Risau jugak pesal ni? Pasal cuti aku pun dah tinggal sikit, aku antar gak la anak aku kat umah pengasuh, tengahari tu pengasuh call dia ckp tangan Damia makin besar bengkaknya, alamak ini tak boleh jadi...kena pegi check dgn tukang urut la pulak ni. Petang tu aku bawak laa pegi jumpa makcik urut orang lepas bersalin. Dia check ckp mmg damia nyer urat kat atas siku tu terseliuh. Dia pun urutjkan lah, tapi yang pelik tu Damia tak menangis langsung bila makcik tu urut dia. Kuat semangat betul. Makcik urut tupun pelik. Itulah kisahnya. Sekarang ni damia dah ok dah, Dah boleh angkat tangan dia berkata " Berjaya..". Dia mmg camtu, kekadang suh dia angkat tangan utk cabut bajupun dia akan angakt sambil ckp "berjaya"....Gitulah kisahnya anak perempuan ku yg lasak itu.

November 06, 2006

Gambar Raya 2006

Aku, Suami Dan Anak-Anak

Oktober 18, 2006

Selamat Hari raya


Untuk Semua Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Kepada Yang Memandu Berhati-hati Di Jalan Raya, Semoga Selamat Sampai Ke Tempat Yang Dituju.
Kepulangan Anda Untuk Dirai, Bukan Untuk Ditangisi.

Ogos 23, 2006

Shangri-La Hotel, Putrajaya

Dapat free 2 hari 1 malam di Shangri-La Hotel. Cabutan Bertuah Treasury Hunt anjuran Perbadanan Putrajaya. A few gambar kat sana :








Ogos 02, 2006

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah.....

Assalamualaikum

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah
yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8. AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua
harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang
sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,

Insya-Allah.
wassalam.


Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses.

Ogos 01, 2006

Aku frust tak dapat beli kain sutera kat Terengganu...........

Sepatutnya hari ni aku dah bertolak ke Terengganu. Konon-konon nak pergi jalan-jalan ler kat sana. Jumaat lepas lagik dah aku dah apply cuti, 4 hari lak tu. Husband aku ada kerja kat sana, so terlanjur hotel free, perjalanan leh claim, apa lagi ikut la.

Tapi tu la, kita mampu merancang, hanya tuhan menentukan......
Sabtu tu Iman lak demam, pastu husband aku lak kena selsema. Husband aku kalau kena selsema tahap gaban nyer. Ntah la tak tahu kenapa, resdung kot. Iman pun tak betul2 stabil lagi, So aku ambik keputusan batalkan ajer laaa sesi jalan-jalan cari makan aku tu, iyerlaa kot kang tertukar jadi jalan-jalan cari pasal lak.

Husband akupun tak kata apa, dia pegi sorang jerla, naik kapal terbang. Kalau aku ngan anak2 ikut dia kena bawak keta, menyusahkan aje. Duit tak banyak lagi nak naik kapal terbang anak beranak. Untuk anak-anakku; "Nanti ibu kumpul duit banyak-banyak, kita pegi bercuti di iceland.Heee".

Mei 02, 2006

Aquaria, KLCC



Ahad, 30 April 2006...

Hari ni bawak anak-anak pegi Aquaria, KLCC. Kesian diaorang...dahlah 4 ari aku tinggalkan coz gi kursus kat Melaka. Ingatkan kat sana kongsi bilik, upanya tak. Kalau tau, awal2 suh husband ambik cuti pegi sekali.
Sampai kat Aquaria tu dalam pukul 11.55 pagi, tapi punyalah ramai manusia, Husband akulah jadi mangsa beratur beli tiket last dpt masuk lam kul 12.50. Bayangkan dekat sejam beratur. Sib baik beratur lam air-cond. Kalau tak sah cabut balik jer. Tapi ok gaklah pasal dalam masa menunggu utk dapatkan tiket tu ada tayangan video pasal ikan-ikan ni, so taklah boring sangat.
Dok la dalam tu lebih kurang sejam lebih, tengok-tengok ikan. Excited gak la anak2 aku, pasal selalu tengok lam tv ngan komputer jer, tapi ari ni tengok live. Seronok la diaorang. Plan lepas gi Aquaria, nak la tengok-tengok baju raya untuk anak2 kat Suria. Tapi memandangkan waktupun dah kul 2++ ptg, perutpun dah lapar and kakipun dah penat. Lepas makan KFC, sampai umah lam kul 3++ ptg, 4 beranak terbungkang tidur keletihan.