Ogos 23, 2006

Shangri-La Hotel, Putrajaya

Dapat free 2 hari 1 malam di Shangri-La Hotel. Cabutan Bertuah Treasury Hunt anjuran Perbadanan Putrajaya. A few gambar kat sana :








Ogos 02, 2006

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah.....

Assalamualaikum

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah
yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8. AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua
harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang
sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,

Insya-Allah.
wassalam.


Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses.

Ogos 01, 2006

Aku frust tak dapat beli kain sutera kat Terengganu...........

Sepatutnya hari ni aku dah bertolak ke Terengganu. Konon-konon nak pergi jalan-jalan ler kat sana. Jumaat lepas lagik dah aku dah apply cuti, 4 hari lak tu. Husband aku ada kerja kat sana, so terlanjur hotel free, perjalanan leh claim, apa lagi ikut la.

Tapi tu la, kita mampu merancang, hanya tuhan menentukan......
Sabtu tu Iman lak demam, pastu husband aku lak kena selsema. Husband aku kalau kena selsema tahap gaban nyer. Ntah la tak tahu kenapa, resdung kot. Iman pun tak betul2 stabil lagi, So aku ambik keputusan batalkan ajer laaa sesi jalan-jalan cari makan aku tu, iyerlaa kot kang tertukar jadi jalan-jalan cari pasal lak.

Husband akupun tak kata apa, dia pegi sorang jerla, naik kapal terbang. Kalau aku ngan anak2 ikut dia kena bawak keta, menyusahkan aje. Duit tak banyak lagi nak naik kapal terbang anak beranak. Untuk anak-anakku; "Nanti ibu kumpul duit banyak-banyak, kita pegi bercuti di iceland.Heee".