Mac 31, 2010

Blog ku kini berwajah baru

Hi alls,

Blog ku kini sudah berubah wajah. Selama 2 tahun pakai template yang sama aje. Template free jer. Yang free bersepah pilih jer mana berkenan di hati. Buang masa jer design2 nih (dibaca :sobona ehh...den tak kreatif bab-bab design ni .ngeh..ngeh..ngeh..)

Lepas ni, kena la rajin kan diri untuk mengupdet. Tajukpun tukarlah. Kasik ngancam sikit ngeh 3x.

Mac 29, 2010

How to train your dragon

Jumaat lepas bawak bebudak tgk citer nih kat panggung. Sangat bagus ini cerita ok. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi. Walau dalam bentuk humor, banyak benda positif yang boleh kita kutip. Bukan untuk budak-budak aje, org tuapun boleh dapat pengajaran...

1. Cuba berfikir di luar dari kotak ( bahasa omputihnya : thinking outside the box)

2. Sentiasa berfikiran positif, bukan negatif
3. Lihatlah pada kebaikan orang lain kepada kita, jangan keburukan
4. Tiada sesuatupun yang mustahil di dunia ini, jika kita berusaha
Nak tau banyak lagi? bawaklah anak-anak menonton how to train your dragon

Mac 25, 2010

Sudahkah anda membayar cukai anda?

Dah isi e-filing? Jika belum silalah berbuat demikian.
Jangan masuk melalui http://www.hasil.org.my/ tapi direct lah terus ke https://e.hasil.org.my/. Kalau masuk melalui website dia alamatnya berjanggutlah korang menunggu. Sangat slow tika dan saat ini. Oleh itu jangan tunggu sampai tarikh akhir kerana makin dekat ngan tarikh akhir maka makin lambatlah nak masuk website dia tu.

Adios............