Mac 01, 2013

Rakaman Video Amatur

Huhuuu... lama sungguh tak mengupdate blogku ini.Kekangan masa dan keadaan menyebabkan blog ini kembali sepi dan bersawang. Waaa...aku benci kerja cam gini...Petang ni bagi, esok pagi mesti siap. Apa!!!!! Ingat aku robot ke ...





Rakaman Jurukamera Amatur (Damia ler sapa lagi). Raya tahun lepas.


Mei 05, 2010

Bila Pola Kehidupan Mula Berubah....

Ibu mertua saya telah diserang strok sejak ahad minggu lepas. Maknanya dah seminggu lebih laa. Mula-mula kena langsung tak mampu berjalan, tapi sekarang alhamdulillah, sudah boleh menapak. Agak lambat tapi ada kemajuan. Diserang strok akibat tekanan darah tinggi dan kolestrol yang tinggi yang menyebabkan darah menjadi pekat dan menyekat perjalanan oksigen dalam badan.

So my job now, kena pantau betul-betul pola pemakanannya. Alls rebus-rebus, bakar-bakar. Tiada lagi santan, minyak dan garam bukan lagi secukup rasa, tapi secubit cuma. Juga pastikan dia melakukan senaman ringan, bukan lagi seperti dulu, lepas makan aje tidur.

Itulah pola kehidupan yang telah mula berubah, bukan sahaja ibu mertua saya malahan seluruh anggota keluarga. Pesakit strok perlukan sokongan untuk pulih. Of course bukan 100% seperti sediakala, sekurang-kurangnya mampu menguruskan diri sendiri, itu sudah memadai.

Mac 31, 2010

Blog ku kini berwajah baru

Hi alls,

Blog ku kini sudah berubah wajah. Selama 2 tahun pakai template yang sama aje. Template free jer. Yang free bersepah pilih jer mana berkenan di hati. Buang masa jer design2 nih (dibaca :sobona ehh...den tak kreatif bab-bab design ni .ngeh..ngeh..ngeh..)

Lepas ni, kena la rajin kan diri untuk mengupdet. Tajukpun tukarlah. Kasik ngancam sikit ngeh 3x.

Mac 29, 2010

How to train your dragon

Jumaat lepas bawak bebudak tgk citer nih kat panggung. Sangat bagus ini cerita ok. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi. Walau dalam bentuk humor, banyak benda positif yang boleh kita kutip. Bukan untuk budak-budak aje, org tuapun boleh dapat pengajaran...

1. Cuba berfikir di luar dari kotak ( bahasa omputihnya : thinking outside the box)

2. Sentiasa berfikiran positif, bukan negatif
3. Lihatlah pada kebaikan orang lain kepada kita, jangan keburukan
4. Tiada sesuatupun yang mustahil di dunia ini, jika kita berusaha
Nak tau banyak lagi? bawaklah anak-anak menonton how to train your dragon

Mac 25, 2010

Sudahkah anda membayar cukai anda?

Dah isi e-filing? Jika belum silalah berbuat demikian.
Jangan masuk melalui http://www.hasil.org.my/ tapi direct lah terus ke https://e.hasil.org.my/. Kalau masuk melalui website dia alamatnya berjanggutlah korang menunggu. Sangat slow tika dan saat ini. Oleh itu jangan tunggu sampai tarikh akhir kerana makin dekat ngan tarikh akhir maka makin lambatlah nak masuk website dia tu.

Adios............

Februari 09, 2010

Asyik-asyik aku jer yang salah


Apa ini????Apa-apa hal aku jer yang nampak salah. Akupun manusia biasa , pelupa. Tapi rasa macam aku dah bagitau...Entahlah..

Pastu ada pulak yang campur tangan...........Nih semua nak menaikkan darah aku la ni.

Oktober 15, 2009

Lupakan? Ah lupakanlah!!!!!

Pepatah ada menyebut, “Ingat kebaikan orang pada kita, lupakan kebaikan kita pada orang, ingat kejahatan kita pada orang dan lupakan kejahatan orang pada kita.”

Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh kita sebagai umat Muhammad S.A.W.Selalunya perbuatan baik akan dibalas dengan perbuatan baik dan perbuatan jahat akan dibalas perbuatan jahat. Tetapi alangkah besarnya penghargaan yang mungkin kita terima andai apabila kebaikan yang kita berikan di atas keburukan yang kita terima.

Tetapi manusia mudah untuk memaafkan, tapi meluputkanya dari ingatan adalah sukar sama sekali. Selagi belum hilang upaya pemikiran, selagi itulah kita takkan lupa akan setiap inci perbuatan buruk yang dilakukan oleh orang lain kepada kita. Ohh..besarnya nilai untuk menjadi manusia pemaaf dan pelupa.