Mei 05, 2010

Bila Pola Kehidupan Mula Berubah....

Ibu mertua saya telah diserang strok sejak ahad minggu lepas. Maknanya dah seminggu lebih laa. Mula-mula kena langsung tak mampu berjalan, tapi sekarang alhamdulillah, sudah boleh menapak. Agak lambat tapi ada kemajuan. Diserang strok akibat tekanan darah tinggi dan kolestrol yang tinggi yang menyebabkan darah menjadi pekat dan menyekat perjalanan oksigen dalam badan.

So my job now, kena pantau betul-betul pola pemakanannya. Alls rebus-rebus, bakar-bakar. Tiada lagi santan, minyak dan garam bukan lagi secukup rasa, tapi secubit cuma. Juga pastikan dia melakukan senaman ringan, bukan lagi seperti dulu, lepas makan aje tidur.

Itulah pola kehidupan yang telah mula berubah, bukan sahaja ibu mertua saya malahan seluruh anggota keluarga. Pesakit strok perlukan sokongan untuk pulih. Of course bukan 100% seperti sediakala, sekurang-kurangnya mampu menguruskan diri sendiri, itu sudah memadai.

0 ulasan: