Ogos 01, 2006

Aku frust tak dapat beli kain sutera kat Terengganu...........

Sepatutnya hari ni aku dah bertolak ke Terengganu. Konon-konon nak pergi jalan-jalan ler kat sana. Jumaat lepas lagik dah aku dah apply cuti, 4 hari lak tu. Husband aku ada kerja kat sana, so terlanjur hotel free, perjalanan leh claim, apa lagi ikut la.

Tapi tu la, kita mampu merancang, hanya tuhan menentukan......
Sabtu tu Iman lak demam, pastu husband aku lak kena selsema. Husband aku kalau kena selsema tahap gaban nyer. Ntah la tak tahu kenapa, resdung kot. Iman pun tak betul2 stabil lagi, So aku ambik keputusan batalkan ajer laaa sesi jalan-jalan cari makan aku tu, iyerlaa kot kang tertukar jadi jalan-jalan cari pasal lak.

Husband akupun tak kata apa, dia pegi sorang jerla, naik kapal terbang. Kalau aku ngan anak2 ikut dia kena bawak keta, menyusahkan aje. Duit tak banyak lagi nak naik kapal terbang anak beranak. Untuk anak-anakku; "Nanti ibu kumpul duit banyak-banyak, kita pegi bercuti di iceland.Heee".

0 ulasan: