Julai 14, 2009

Berita Gembira, Berita Sedih

Hari ini saya mendapat 2 berita. Satu berita sedih dan satu berita gembira.

Mana nak ditulis dahulu yer?

Berita Gembira:
Kami akan menambah ahli keluarga baru.Ooppsss bukan saya yang mengandung. Tapi kakak yang telah disahkan bakal menimang cahayamata yang ke-3. Sudah 3 bulan katanya. Kesian jugak dia ni, dah 6 tahun menunggu,2 kali keguguran sehingga terpaksa dibuang sebelah tiub fallopia (betul ke ejaan ni???)kerana mengandung molar, akhirnya tercapai jugak hasrat. Semoga mendapat anak lelaki seperti yang diharap-harapkan.

Berita sedih:
Elong Lias (Pak Long Alias) orang sekampung, kawan baik Encik (ayah) telah kembali ke Rahmatullah pada malam semalam dan jenazahnya telah selamat dikebumikan pagi tadi. Elong Lias ni jugak adalah ayah mentua kepada sepupu saya. Al-Fatehah untuk allayarham Elong Lias.

Itulah 2 berita yang saya dapat hari ini dari kampung. Begitulah lumrah dunia. Yang datang akan pergi, insyallah akan datang yang lain sebagai pengganti sehingga pengakhiran alam ini.

0 ulasan: